


Haaa ni selepas make-up. Susah payah i n kakak explain kat bridal tu nak make-up yg mcm mana. Ini sari tunang kakak. Sebenarnya kakak i ni beautician gak tapi ya lah mana boleh make-up utk diri sendiri. hehehe. So terpaksa peningkan kepala explain org lain utk dapatkan cara make-up yg diiginkan . Cantik tak aseseri yang dipakai tu. Brg kemas tu tak pinjam tau khas dibeli utk kahwin kakak. I dan kakak cari satu Klang utk brang kemas tu (tiruan aje) tapi mececah RM 550 gak. after less dapat la dalam RM 475. Kalau emas tak tahu la bera puluh ribu semuanya. hehehe. Tak mampu... Tak mampu.
Ni pulak masa "register" kalau org melayu akad nikah la. Register baru kahwin sah ikut undang-undang.
Org hindu akan pakai sari tunang dulu bila dah sampai sana , selepas selasai upacara seterusnya baru diberi sari kahwin . Baru boleh pakai sari kahwin. Sari kahwin kakak warna jingga. Dia tak berkenan pada awalnya tapi bila pakai asesseri tu. ok la bagi dia. Gambar ni masa ikat "thali". Kahwin ikut adat orang India.
Gambar bersama kawan2 i n pakwe i........

haaaaaaaaa. Jom kita lihat upacara sebelum perkahwinan org india. Saja aje nak share apa yg i tahu... heehheheh bukan expert pun......huhuh. Ya, ini upacara "nalengu".. ha ni pakcik ( adik mak) I. Pelawak antarabangsa.. kah kahkah... ramai ramai pakcik tapi dia sorang yang sangkut pada hari tu yang semua escape...( tak sampai lagi) terpaksa la dia ketuai upacara.
Hai, ni adalah majlis pertunangan kakak i ( Veni engange Murugan). Memang exciting giler la semua org. Biasa la 1st time utk keluargaku. Ya la mak i anak sulung dan kakak i pun anak sulung so special la kan . Hari yang dinanti- nantikan oleh semua. sari hijau yang kakak pakai tu dibelikan oleh emak. Yang biru tu tunang dia yang bagi (sari tunang)
Nak tahu tak satu cerita, semua org cakap mak lagi cantik dari kakak i. pastu dia org siap tanya siapa yang nak bertunang sebenarnya? hahaha. cantik sangat mak i hari tu. All look gojos la . semua tumpang majlis la ni untuk tampilkan diri masing masing. hehehe
haaa ni pulak gambar empunya blog ni. tumpang glamor la ni. org yang nak bertunang sibuk pergi bridal haaa aku pun tumpang ,konon konon adik kena lawa jugak. taktik mempengaruhi org la ni.hahaha. Yang sedihnya. I sibuk tolong org bersiap. Last2 i sorang sorang dgn abang i kat rumah. takde org nak tolong ikat sari utk i pun.cacai sorang sorang. janji look same like others. hahaha. Org yg last pergi temple utk function huhuhu. Kena kutuk weeeeiiiiiiiiiiiiiiiii. kesian iii kan.
Ini adalah kejutan utk kakak. dia tak tahu pun i ,abang dan mak order kek. Terharu betul dia. If she happy of course we are happy for her.......syok betul kek ni. sedap tak terhingga. sekelip mata habis. I yang sibuk nak beli kek sempat merasa yang disuap aje......... tengok la pilihan sapa. .... hheeehehee riak betul!!!!!!!!! Takde la bermegah aje... haahhahah. nanti la kalau ada kesempatan kita makan tu dalam majlis i pulak yaaaaaaaaaaa. kuang kuang kuang......
Malam majlis kat rumah, dalam penat-penat tu sempat lagi bergambar.wah wah wah siap berposing maut tu.ni kawan baik i kenal masa belajar kat shah alam. Yang sari merah ni nenek i sebelah mak.
Hai, i nak cite sikit . Ini befday i yang ke-21. Tahun lepas la. hehehehe. kira 2007 la (kalau percaya). i dapat 2 sari dari emak i , cuma sempat pakai 1 aje. jgn jelos, masa befday kakak i yg ke-21 dapat 1 aje. i dapat 2. 
eeeeeeeeeeeee....... penatnya i, cari coding statcounter dan kalender tapi takpe. suka gak nanti boleh la kawe bermegah bila lihat bilangan pelawat blog i. ya laaaaa. sapa la kita.....kan nak buat blog2 ni. hehehe... dan kalender pulak utk pelawat supaya ingat pada hari dan tarikh. taaakuuuttt terlupa. biasanya zaman sekolah aje kita ingat tarikh dan hari kalau tak, kena rotan tak tulis kat buku latihan tapi bila orang yg bekerja atau suri rumah selalu ingat hari aje, tarikh mesti lupa bukan apa tunggu weekend la, apa lagi !!!!!!! nak cuti kata kan. hahahaha. dan ingat tarikh bila nk gaji aje.... huhuhuhu.....kantoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Ini la keluarga yang tercinta. gambar yang terakhir bersama ibuku yang tersayang di hari perkahwinan kakak ku. Dari kiri ayah "Arumugan Veeramuthu", abang sulong "Tamil Selvam", abang bongsu "Bala Sundram", abang ipar "Murugan", kakak "Veni" , ibu " Muniammal @Puspa" dan tak lain tak bukan ehem...... saya la Kavitha.. cantik tak i ?... biasala org tak puji, puji diri sendiri bagus utk kesihatan....... hehehehehe.
syukur kepada tuhan, sempat kami bergambar dengan ibu . tak ku sangka ini yang terakhir......... cantik tak ibu i. "she is the best". setiap manusia ibu dia la yang terbaik dalam dunia. jgn terasa hati i puji ibu i..... semua ibu paling baik dalam dunia niii betul tak........? "amma" i love u, i rindu sangat........ terlalu awal buat ku tapi tuhan lagi sayangkan ibu.

haaaaaaaaaa.... ini pulak hero baru dalam keluarga ku " Dhileshwaran". GANAS, NAKAL, MANJA N....... semua boleh bagi kat dia laaaaaaaaaa. anak saudara ku............. caya la..... cucu pertama n cicit pertama. dia la orangnya. kesayangan semua. pantang digertak sikit mula la mengalir air sungai dari mata..... hehehe marah marah pun sayang.......
eeeeeeeeemmmmmmm ni pulak sapa ya. tiba- tiba aje ada gambar. oooopppppssss cuba teka. siapa ekkkk........?ok la, ok la, i cakap, kesian nanti sakit kepala u all pulak berfikir. Ini la orang yang i sayang..... wajah yang terpahat dalam hati i " Annaganesh"..............kenal sejak 2003 mula bercinta 2005 hehehe........ lama gak tuuuuuuuuuuu. gambar ni di ambil bersama Dhilesh kat Metro Kajang siap kena marah dengan guard kat situ sebab bergambar.. tension betul org tua tu. marah marah kita tak tentu pasal. padahal takde pun larangan bergambar. buat kecoh aje. sebenarnya dia(guard) dengki...........tak ajak dia bergambar . hhahaahahha.......
Hai, apa khabar? biasa la bila 1st time baca blog i kena tanya khabar dulu. hehehe.mana la tahu kalau tak sihat, nanti baca blog i terus pengsan........... saja aje acah-acah.......
Wujudnya blog ni ada kisahnya...... ooooppppsss. Nak cakap malu tapi terpaksa cite jugak la. Sebenarnya i ni dah banyak kali kena kutuk sbb takde blog oleh member2 ofis..... dah tahap kritikal la. Ni dah hilang sabar la ni sahut cabaran create blog ni. hahahaha...... tq kawan kawan. kalau bukan sebab u all dah tentu i tak create blog ni. Terutama konco-konco komunis unit KE............ Harap u all enjoy baca blog i. perasan la ni tapi blm riak lagi ya............nanti kalau ada comment jgn malu malu ye. comment la tapi comment yg baik aje la ya........ kesian i .........


.jpg)
